my bloggy

Tuesday, September 6, 2011

Wasiat Khairi

 

Sudah 3 tahun Liya ditinggalkan oleh suaminya. Selepas Liya di akad nikahkan,Khairi bergegas ke KLIA kerana penerbangannya ke Australia ialah pada jam 9.30 malam. Liya tidak tahu selepas bersalam dengan suaminya pada hari pertama itu adalah kali terakhir juga Liya akan ditinggalkan tanpa soal cerai. Liya dan Khairi di nikahkan kerana ibu bapa mereka yg menjodohkan mereka berdua. Berat hati Liya hendak menerimanya. Oleh kerana Liya adalah seorang anak yang patuh kepada ibu bapanya, terpaksa mempersetujui keputusan untuk bernikah dengan Khairi.
       
"Liya.. Kenapa dengan kau? Monyok sahaja aku lihat kau..Fikir sesuatu ke ?" Zainirah menyoal Liya dengan lembut.

Liya mendiamkan diri.

"Liya...?"


"Hmm... Sebentar tadi ibu aku telefon .. Khairi akan pulang ke tanah air" Liya meluahkan perasaan monyoknya ke Zainirah. Zainirah kemudiannya mengambil tempat duduk sebelahnya.

"Baguslah dia balik ke tanah air dia ni... sudah lama sangat dia di perantauan. Habis tu.. apa yang kau monyok sangat ?" Soal Zainirah. Bukan dia tidak kenal dengan perangai sahabat yang sama mengajar dengannya di sebuah tadika itu. Dari  Liya mula mengajar lagi Zainirah  sudah tahu tindak-tanduk Liya Asmirah itu.

"Bagus memanglah bagus. Tetapi, aku takut dia datang kali ini......." Kata-kata Liya tersangkut apabila anak murid yang baru masuk itu menyoal Liya "Ermm.. Cikgu.. Di mana tandas ?" Soal Maidah. Liya menunjukkan ke arah dapur.

"Kali ini apa Liya ?" Soal Zainirah seperti ada sesuatu yang tidak kena antara mereka berdua.

"Aku takut dia datang untuk kali ini... Tuntut cerai." Liya membalas dengan perlahan. Liya membalas dengan keluhan berat.

"Istighfar banyak-banyak Liya. Jangan berkata begitu. Kenapa sampai ke situ fikiran kau ? Liya... Percakapan kau itu mengikut nafsu.. Jangan mengikut nawaitu tidak baik Liya.." Zainirah cuba untuk menasihati Liya.

"Betul lah.. kau ingaat lagi tidak sewaktu dia mengakad nikahkan aku ? selepas dia akad nikahkan aku, petang itu dia terus balik ke Australia membawa muka bencinya terhadap aku. Bukan salah aku untuk hendak menikah dengan dia.. Sudah tertulis. Sudah 3 tahun dia tidak muncul-muncul." Bebel Liya. Zainirah tahu Liya ditinggalkan oleh suaminya 3 tahun yang lalu. Tetapi Zainirah cuba untuk memujuk Liya dengan sedaya upayanya.Air mata Liya mulai jatuh.

                                       *****************************

 Jam sudah menunjukkan 11.30 pagi.Kanak-kanak di suruh pulang. Hanya Liya seorang yang tinggal di tadika itu. Kerana hendak mengemas Tadika itu. Ketika Liya hendak mencapai beg tangannya yang di atas rak yang tinggi, tiba-tiba ada yang menolongnya mencapai beg tangannya itu. Liya terkesima dengan apa yang berlaku. Liya melihat tuan empunya tangan itu.

"Abang Khairi.." Bulat mata Liya melihat suaminya yang meninggalnya dahulu berada di hadapan matanya selepas 3 tahun mereka berpisah. Khairi mengangguk.Sebenarnya di dalam hati Liya, Liya seronok kerana Khairi sudah pulang ke tanah air. Tetapi Liya lebih membencinya. Liya mengambil kunci tadika itu lalu beredar dari situ.

"Liya.. Maafkanlah abang sebab tinggalkan Liya.. Tolonglah Liya.." Khairi mengejar Liya dengan rayuan. Liya tidak mengendahkan rayuan Khairi. Seperti mana Khairi tidak mengendahkan Liya sewaktu ketika dahulu.

   "Tolong Liya.. Maafkan lah kesalahan abang..Abang ke sana hendak menyambungkan pelajaran sahaja.." Rayu Khairi.

"Perlukah Liya maafkan abang ? Abang tinggalkan Liya disebabkan Qaisarah kan ? Kalau hendak menikahi Qaisarah abang juga harus meminta izin pada Liya. Jangan hendak menipu lah abang.. Abang tahu ke tidak yang abang itu sudah menjadi suami Liya sejak 3 tahun yang lepas dan sampai sekarang. Abang ingat lagi ke tidak perjanjian akad nikah itu ? Liya dahulu sebenarnya tak nak hendak menikah dengan abang. Oleh kerana ayah dan emak abang yang paksakan Liya.. Liya turut sahaja. Tak payah hendak menipu Liya lagi lah abang." Liya mengigatkan kembali kepada Khairi ketika 'akad nikah' dahulu.

"Bagaimana Liya tahu? Liya.. Abang tahu.. Hati Liya sebenarnya hendak memaafkan abang.. Tetapi Liya mengikut perasaan Liya ! sukahati Liya lah hendak memaafkan Abang atau tidak.. Tetapi.. Asal Liya tahu.. Sekarang abang tidak seperti dahulu lagi ! Maafkan abang Liya !" Kata-kata Khairi itu benar. Niat Liya sebenarnya hendak memaafkannya. Oleh kerana masa lalu, Liya belum dapat memaafkan Khairi. Liya berlalu pergi malas hendak melayan rayuan Khairi.

              *****************************************************
  Sudah 3 bulan Khairi berada di tanah air. Khairi bingung sampai sekarang Liya tidak dapat memaafkannya lagi."Sudah 3 bulan Qaisarah meninggalkan aku buat selamanya.. takkan Liya juga.. Astaghfirullah Khai.. jangan berfikiran begitu.." Khairi menggelengkan mukanya.

"kenapa ni nak? Apa masalah kamu ? ceritakan sahaja kepada emak ?" Mak Jah keluar dari ruangan dapur melihat Khairi merenung keluar tingkap melihat suasana indah desa.

"Eh mak.. Tiada apa-apa lah.. sahaja tengok pemandangn sawah di hadapan mata. Liya selalu balik pukul berapa mak ?" Soal Khairi.

"Eh.. Liya tak kerja lah hari ini. dia ambil cuti. Liya tak cakap kepada Khairi ke ? Dia ambil cuti sebab ke klinik. sebab semalam, dia rasa mual. Entah apa yang dia makan emak pun tidak tahu. Takkan Liya tidak minta izin Khairi." Mak Jah kehairanan dan berlalu pergi.

"Mak ! tunggu.. Liya pergi klinik mana ?" Soal Khairi

"Liya kata dekat mak di simpang sana. " Mak Jah menjawab.

    *****************************************************************

   "Doktor ! ada ke tidak your patients name Liya Asmirah B.t Zainudin ?" Soal Khairi kepada doktor Asnari.

 "Yes.. Are you Liya Asmirah husband ? if you Liya Asmirah husband please come to my room. i want to talk about what happen to Liya Asmirah" Balas Doktor Asnari dengan satu senyuman ikhlas.

 "Ermm.. Doktor.. what happen to my wife ?" Hati Khairi mula berdegup kencang dengan keputusan penyakit Liya.

 Doktor Asnari senyum kepada Khairi tanpa henti. "Congratulation Mr Khairi ! You will be a father another 6 month. now your wife is pregnant about 3 month."  Doktor Asnari berjabat tangan kepada Khairi . Khairi terkesima akibat keputusan itu. Tanpa disedari Khairi akan menjadi seorang 'ayah'."Here is it your wife result." Doktor Asnari memberi satu bungkusan dalamnya adalah keputusan Liya. 'Positive ?' Sorak hati Khairi.

  ****************************************************************

Keesokan harinya, Khairi mengikut Liya dari belakang. "Abang ! Please stop following Liya abang !" Liya mulai bengang.

   "Kenapa Liya susah sangat hendak memaafkan abang ? Bukankah abang sudah kata dekat Liya.. Abang sudah berubah ! susah sangat ke hendak percaya ?" Khairi bernada tegas. Dia faham dia pernah tinggalkan isterinya dan membenci Liya. sampai kahwin dengan Qaisarah isteri Khairi yang kedua. Pernikahan Khairi dan Qaisarah di lanjutkan di Australia. Dan Qaisarah juga meninggal akibat pregnancy.


"Abang... Abang kembali ke tanah air ada maksud dan tersirat bukan ? Kalau abang hendak ceraikan Liya.. Liya sedia. Liya tidak sanggup hendak di duakan. Lagipun, abang lebih cintakan Qaisarah. Abang nikahkan Liya mak ayah abang yang melamar Liya, Tetapi Liya tahu, dari riak wajah abang, abang tidak sukakan Liya. Perlukah abang mengejar Liya ? Hati jangan dipaksa abang. Soal munakahat jangan di permainkan abang. Pernikahan bukan untuk di permainkan." Panjang Liya menjelaskan tentang perkahwinan dilaksanakan antara mereka 3 tahun yang lalu.

"Lagi satu abang.. Liya ingat satu firman Allah"


“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.” Surah An-Nisaa' ayat 3.

"Dimana keadilan abang ? Walaupun kita tidak serasi. Tetapi Liya berhak untuk memberi keizinan atau tidak mengizinkan suami Liya untuk menikahi lagi." Ungkap Liya. Liya beredar dari situ dengan amarah yang menyulubungi diri Liya.


  Khairi tiba-tiba sedar dengan kata-kata tajam Liya. Betul yang diperkatakan oleh Liya. Tetapi isi hati Khairi kembali kepada Liya kerana tiada lagi orang yang selalu berada disisinya iaitu Qaisarah. Kelakuan Khairi memang salah. Kerana Khairi hendak kembali kepada Liya bukan kerana Allah tetapi hidupnya tiada pasangan. Sekarang baru Khairi faham betapa susahnya menegakkan keadilan. 


 "Tetapi.. adakah Liya.. Dahulu menanti abang ?" Soal Khairi dengan yakin.


"Ermm... Dahulu memang. Tetapi selepas mendengar abang sudah menikahi Qaisarah, tiada lagi rasa hendak menanti abang pulang ke tanah air." Balas Liya yang tidak berganjak selepas soalan itu keluar dari mulut Khairi.


Ketika Liya melintas jalan, Liya tidak perasan Khairi melintas jalan melanggar undang-undang jalan raya. Kerana dia harus memberi sesuatu kepada Liya. Tiba-tiba...


Dammmm !! 


Satu hentaman dari jalan raya. Pemilik kereta Toyota Rush tidak  dapat dikawal. Khairi telantar di atas jalan raya. Darah mengalir deras keluar dari mulut Khairi. Liya terkesima akibat kejadian itu. Ramai yang berpusu-pusu melihat kejadian itu. Liya berlari ke arah kejadian itu. Liya berlutut di tepi Khairi dengan perasaan hampa.


"Ya Allah ! Abang ! " Liya mengusap kepala Khairi dengan air mata yang mengalir deras .


"Li...Li..Liya...Ma..Ma..Maafkan a.. A.. Abang.. A..Ambil envilope i..i..ni.. I..ini.. A...Adalah..Wa...si..at.. Da..Dari... A..Bang.." Kata-kata Khairi tersekat akibat pendarahan yang terlalu banyak mengalir dari mulut dan kepala. Masih ada kesempatan untuk terakhir kalinya untuk meminta maaf kepada Liya. 


"Nan..Nanti... Bila anak ayah la...Lahir.. Ja...Jadi anak yang ter..Terbaik.. Ya sayang? Jaga.. Mama elok-elok ini sahaja yang ayah wasiatkan kepada anak ayah yang akan lahir nanti. Dan Liya, i..Ini.. Adalah wasiat abang.Yang berada di kandungan Liya.. A..Adalah..Wasiat dari abang." Perut Liya diusap oleh Khairi. Liya terkedu dengan kata-kata itu. Liya sendiri tidak tahu yang Liya sudah hamil.


"Abang.. Liya sudah lama maafkan abang. Tetapi abang tidak perasan. Abang maafkan Liya juga. Liya banyak menyusahkan abang untuk meminta maaf kepada Liya. " Air mata Liya semakin deras mengalir. Khairi mengangguk lemah dan senyum sinis.


"Liya.. Abang hendak bertemu dengan Ilahi . Assalamualaikum sayang.." Ucapan dua kalimah syahadah sedang di sebut. Sebutan itu memang tenang. Air mata Liya semakin deras mengalir di pipi. Itu adalah kali pertama Khairi menyebut nama Liya dengan panggilan 'sayang' untuk pertama kali dan terakhir kalinya.


"Wa..Alaikummussalam abang.. Semoga tenang di alam sana." Liya menutup kedua-dua mata Khairi perlahan-lahan. 


 Jenazah Khairi selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam. Bacaan talqin sedang di bacakan oleh imam surau kampung halaman Liya. Tiba-tiba Zainirah memegang bahu Liya. Liya terus memeluk Zainirah. Zainirah faham Liya sudah kehilangan suami. Bercinta saat Khairi menghembuskan nafas yang terakhir. Tetapi cinta mereka akan berbuah tidak lama lagi


     Selepas ke pengubumian Khairi, Mak Jah menyuruh Liya berehat ke dalam bilik. Ketika Liya hendak melabuhkan punggungnya di atas tempat tidurnya, Liya berasa sesuatu ada di dalam poket baju kurungnya. Liya mengeluarkan dengan perlahan-lahan. tertera  di atas sampul surat itu bertulis 'Wasiat Khairi' .  Liya membukanya perlahan-lahan dan membaca wasiat itu dengan teliti.


   "Dear Liya Asmirah,
                 Assalamualaikum, Liya sayang.. Maafkan kesalahan abang selama ini. Abang tahu abang silap. Harap Liya maafkan abang. Sebenarnya, Qaisarah sudah meninggal sebelum abang balik ke tanah air 3 bulan yang lalu.Abang hendak memberitahu Liya. Tetapi, Liya selalu mencelah. Itu adalah penjelasan abang dengan Qaisarah. Baiklah, tujuan abang tuliskan surat ini adalah.. Abang bakal menjadi seorang 'Ayah' !. Mesti Liya hairan dan tertanya-tanya di mana abang tahu all of this result bukan ? ini yang abang nak ceritakan kepada Liya.
                  Sewaktu Liya pergi ke Klinik hari itu, abang tanya emak ke mana Liya pergi. Emak cakap Liya pergi ke klinik. Balik Liya dari klinik itu, abang terus ke klinik itu. Doktor Asnari cakap yang Liya sudah pregnant 3 month and the result also positive. Dalam kegembiraan abang, ada juga duka. Iaitu, sempat kah abang melihat anak abang nanti ? Abang berasa tidak sedap hati. tetapi abang memohon kepada Allah.  Bukankah ajal dan maut di tangan Allah? Betul tak sayang?
   
Liya Sayang,
           Akhir kata abang, jikalau umur abang hanya setakat 3 bulan kita bertemu ini sahaja, ketika anak kita lahir, jagalah anak kita dengan baik. Ajarkanlah anak kita dengan soal agama dahulu. Kerana, manusia adalah khalifah di bumi Allah ini. Mana tahu, anak kita akan menjadi seorang yang pandai dan bijak dalam soal agama. Selepas abang tahu Liya hamil, setiap solat abang, abang doakan anak kita adalah anak yang soleh/solehah. Abang yakin dan percaya suatu hari nanti juga anak kita jadi anak yang soleh/solehah. Kerana abang lihat Sayang ada keyakinan menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anak kita kelak. Wasiat abang, tiada lain tiada bukan. Anak kandungan Liya sahaja yang abang wasiatkan kepada Liya. Dan doa abang terhadap anak itu, menjadi anak yang soleh/solehah. Boleh memimpin keluarga dengan adil dan saksama. 


                                                                                                                  Dari suamimu          "
                                                                                                      Muhd Khairi B. Muhammad
                                                                                                                                                            


   Air mata Liya mulai membasahi pipi. Betapa sayangnya Khairi terhadap Liya. Selama ini Liya ingatkan Khairi membencinya.Liya menyesal dengan perbuatannya selama ini. Liya hanya berserah kepada Allah. Liya bermohon agar dosa-dosa suaminya selama ini di ampunkan oleh Allah.


"Abang...Liya cinta abang Khairi." Ucap Liya sebak dan dipeluknya surat itu dan keputusan kehamilan Liya.  

Friday, June 10, 2011

first saw u.

when i first saw you..
u like some guy who want to took my heart
to be in your heart..
that night i can't be sleeping bcouse u always in my eyes..
u liked an electricity and i'm being coma of you...

so i wish that u were mine to be in your heart..
and i always hoping that u were mine.. even u can't..
but i know some day i will be yours ever and ever..

these days i haven't sleeping bcouse i miss u..
but im so young to missing you and loving you...
only i can is liked u ... but it is enough being liked u...

so i'm hoping that u were mine.. :') (english celaru ! :P)



Thursday, January 27, 2011

perempuan=betina lelaki=jantan .. berbeza ke tidak ?

Assalamualaikum... sila baca wahai lelaki dan perempuan... cuba kita lihat.. apakah maksud dgnLELAKI SESUAI DGN PEREMPUAN.. DAN JANTAN SESUAI DGN BETINA.. kita lihat ia sama sahaja.. tetapi cukup berbeza... 

lelaki=jantan ?
perempuan=betina ?

KAUM ADAM

LELAKI= lelaki sebenarnya bermaksud org yg pandai menjaga maruah diri.. org yg wara' .. 'alim .. org yg amanah.. bertanggungjawab menjaga adik beradik..  dan smua kebaikan kepada dirinya... 

JANTAN= jantan ialah menggadai maruah dirinya kepada BETINA.. tidak solat 5 waktu.. derhaka kepada ibu dan ayah.. org yg tdk amanah...  tidak bertanggungjawab.. dan smua kejahatan yg ada pada dirinya...

KAUM HAWA...

PEREMPUAN= perempuan ialah menjaga maruah dirinya drpd hawa nafsu yg tggi... wanita mempunyai 9 nafsu 1 akal.. dan dia dapat menjaga dgn terlalu baik... org yg 'alim..org ygwara' ..baik terhadap ibu bapa.. bertanggungjawab...menutup aurat drpd pandangan lelaki yg bukan mahramnya dan smua kebaikan pada dirinya..

BETINA= betina ialah tidak pandai menjaga maruah dirinya drpd hawa nafsu yg tggi.. wanita yg mempunyai 9 nafsu 1 akal dan tidak pandai menjaga maruahnya dengan baik . dan juga suka menjual maruahnya pd org lelaki...tidak menutup aurat drpd pandangan lelaki yg bukan mahramnya.. dan smua kejahatan pada dirinya...

Friday, December 17, 2010

Wednesday, December 1, 2010

Wednesday, November 17, 2010